BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 29, 2009

teratak bonda

teratak bonda ini dibina dengan tujuan untuk berkongsi buah fikiran dan pengalaman hidup serta apa sahaja yang baik untuk diambil manfaatnya oleh seluruh pengunjung laman ini. Tunjuk ajar dan bimbingan dari rakan pengunjung terutama dalam bidang pendidikan amatlah diharapkan. Selain dari itu, laman ini juga ada menyediakan iklan tentang produk-produk muslim yang halal dan baik untuk digunakan oleh semua.

ابو ثقيف

Melancong ke negeri Sabah

Album Melancong ke negeri Sabah negeri di bawah bayu bersama dengan anak dan isteri tercinta pada cuti bulan Mac 2009 yang lalu. Banyak kenangan indah telah tercipta sepanjang lawatan ini. Selain dapat melancong dengan melihat keindahan ciptaan Allah terutama suasana sejuk di Kundasang dan Ranau, kami juga berkunjung ke rumah sahabat-sahabat lama yang berada di Kota Kinabalu, Kota Belud, Tamparuli, Putatan, Petagas untuk mengeratkan tali silaturrahim yang memang telah terjalin sejak sekian lama dulu. Selain itu kami juga mengunjungi muzium sabah, pasar filipin, tamu hari minggu di pekan Kota Belud, Ladang Teh Sabah di Ranau, Pusat Peranginan Kundasang (Poring), Taman Rama-rama serta banyak lagi dan yang paling istimewa dapat mengunjungi sekolah lama SK. Moyog, Penampang dikawasan penempatan masyarakat Dusun dan Kadazan serta SK. Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah.





kenangan konvo di UTM,Skudai Mac 2008

Saturday, July 25, 2009

Si kecil yang comel


Friday, July 24, 2009

Langkah Buat Blog