BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 6, 2009

Kliklah saya jika hendak MEMBACA AL-QURAN.

;

Agama Islam sebagai agama yang memberikan kesejahteraan kepada penganutnya sentiasa memberikan peringatan dan panduan supaya penganut ini sentiasa bertakwa kepada Allah dan sentiasa mengikuti sunnah Rasullullah s.a.w. Umat Islam sentiasa diberi Didikan Agama, Didikan Bersosial, Didikan Berpolitik dan Didikan Berekonomi melalui khutbah Jumaat yang dibaca setiap hari Jumaat. Peringatan dan panduan yang dibacakan oleh para khatib biasanya berkaitan dengan kepentingan umat Islam seluruhnya agar sentiasa bertakwa kepada Allah. Namun amat jarang apa yang didengar oleh jemaah dapat diingati dan diambil iktibar malah ada dikalangan jemaah yang tidak memperolehi manfaat khutbah Jumaat tadi kerana ia tidur. Jadi persoalannya apakah tanggungjawab bagi para suami atau bapa untuk menyampaikan peringatan atau panduan tadi kepada keluarganya telah terlaksana???? .
Oleh kerana itu, penulis amat merasakan kepentingannya untuk berkongsi Koleksi Khutbah Jumaat ini supaya boleh dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat Islam kerana ia bukan sahaja peringatan pada hari Jumaat sahaja malah ia mengandungi banyak ilmu pengetahuan dan panduan hidup meliputi Didikan Agama, Didikan Cara Bersosial, Didikan Cara Berpolitik dan Didikan Cara Berekonomi.


Menu Pilihan Koleksi Khutbah Jumaat;

;